Wednesday, 9 November 2011

KASIH SAYANG

BERKASIH SAYANG SESAMA ANGGOTA KELUARGA

1. Setiap anggota keluarga perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
2. Kita boleh menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga kita dengan pelbagai cara.


Cara Menunjukkan Kasih Sayang terhadap Anggota Keluarga

a) Mentaati ibu dan ayah.
b) Mendengar nasihat mereka.
c) Mengambil berat akan kesusahan mereka.
d) Bercakap dengan lemah lembut kepada semua ahli keluarga.
e) Bermesra dengan ahli keluarga.
f) Meminta maaf jika melakukan kesalahan.
g) Memaafkan ahli keluarga jika mereka bersalah.
h) Membantu anggota keluarga yang memerlukan bantuan kita.
i) Berkongsi barang-barang kita dengan adik-beradik.

Cara-cara Bermesra dengan Anggota Keluarga

a) Berbual-bual dan bergurau dengan mereka.
b) Menonton televisyen bersama-sama.
c) Melakukan aktiviti riadah bersama-sama seperti berjoging, bersenam, berkelah, dan sebagainya.

HEMAH TINGGI

BERSOPAN SANTUN DALAM PERGAULAN

1. Kita mempunyai nilai berhemah tinggi apabila kita bersopan santun.
2. Kita mestilah bersopan santun dengan semua orang.
3. Apabila kita bersopan, kita disukai rakan-rakan.
4. Rakan-rakan akan  menghormati kita juga.


Cara yang Bersopan dalam Pergaulan

a) Menggunakan panggilan yang sesuai ketika bercakap seperti panggilan pak cik, mak cik, puan, encik, cik, tuan dan sebagainya.
b) Tidak memanggil seseorang dengan panggilan hoi, hei, bodoh, gemuk, pendek, dan sebagainya.
c) Melayan rakan engan mesra.
d) Bercakap dengan bahasa yang halus dan lembut.

Cara Bersopan Menolak Ajakan Negatif

a) Bersopan ketika menolak ajakan tersebut.
b) Memberi alasan yang munasabah.
c) Memberikan pilihan yang baik semasa menolak ajakan tersebut;
    - mencadangkan rakan melakukan aktiviti yang sihat dan lebih selamat.

KERAJINAN

MENGAMALKAN SIKAP RAJIN

1. Sikap rajin akan memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, dan sekolah.
2. Murid yang rajin atau ringan tulang akan  disayangi keluarga, rakan-rakan, dan guru.
3. Murid yang rajin belajar akan berjaya.
4. Murid yang rajin akan membuat sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh.
5. Mereka  yang rajin tidak berputus asa.


Mengamalkan Sikap   Rajin di Rumah

a) Membantu ibu bapa dan anggota keluarga membuat kerja-kerja rumah.
    Contohnya:
  •      mengemas dan membersihkan rumah
  •      menjaga adik
  •      menolong ibu menyidai pakaian dan sebagainya
b) Mengulang kaji pelajaran
    Contohnya:
  •     selalu membaca buku
  •     menyiapkan semua kerja sekolah

Mengamalkan Sikap Rajin di Sekolah

a) Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
    Contohnya:
  •     mendengar dengan tekun ketika guru sedang mengajar.
  •     mengisi masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran.
  •     selalu bertanyakan guru dan rakan
b) Senantiasa bersedia membantu rakan-rakan dan guru
  •     membantu guru mengangkat buku
  •     membantu guru menceriakan kelas

Wednesday, 2 November 2011

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Menghormati Cara Beribadat Pelbagai Agama

1. Kita mestilah menghormati cara pelbagai kaum beribadat.
2. Oleh itu kita perlu mengetahui serba sedikit cara-cara mereka beribadat.

Cara Beribadat Penganut Beragama Islam
a) Menunai solat lima kali sehari.
b) Berpuasa pada bulan Ramadhan.
c) Menunaikan zakat.
d) Mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu.

Cara Beribadat Penganut Kristian
a) Pergi ke gereja pada setiap hari Ahad.
b) Mendengar syarahan agama oleh paderi.
c) Membaca kitab Bible.
d) Menjalankan upacara pembaptisan.

Cara Beribadat Penganut Buddha
a) Bersembahyang pada setiap pagi dan petang.
b) Memegang colok yang   dinyalakan ketika  bersembahyang.
c) Menyalakan lampu minyak pada Hari Wesak untuk memohon kesejahteraan.

Cara Beribadat Penganut Hindu
a) Berpuasa untuk mengawal diri dan untuk kekuatan rohani.
b) Bersembahyang untuk memuja dewa sambil memegang pelita.
c) Membawa makanan vegetarian untuk disembah kepada dewa.

Cara Beribadat Penganut Sikh
a) Meminum air Amrit sebagai tanda menjadi umat yang mematuhi suruhan.
b) Bersembahyang di gudwara.
c) Memakai penutup kepala bagi perempuan sewaktu berada di gudwara.